Hukum Nikah, dan Wali Nikah

Februari 20, 2009 at 1:47 am Tinggalkan komentar

Nikah : atau kahwin, juga disebut tazwij dan wata’. Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab dari kata dasar ‘Nakaha’ : berhimpun . Menurut syarak ialah : Suatu akad yang membolehkan seorang lelaki dan seorang wanita bergaul bebas.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. ia berkata: Hai kaum pemuda, apabila di antara kamu bekuasa untuk kahwin, hendaklah ia kahwin, sebab kahwin itu lebih kuasa untuk menjaga mata dan kemaluan;dan baraangsiapa tidak kuasa, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu jadi penjaga bagi”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah s.w.t. : “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Langkah-langkah Perkahwinan
Melihat calon atau merisik, bagi lelaki yang ingin berkahwin hukumnya sunat baginya melihat wajah seorang perempuan yang mahu dikahwininya mengikut pendapat jumhur ulama.
Meminang, lamaran daripada lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri atau ikatan tanda jadi bahawa antara lelaki dan perempuan itu akan berkahwin pada satu-satu masa tertentu.

Hukum Nikah
Hukum nikah kebanyakkannya hanya ditaklifkan kepada kaum lelaki yang mampu membuat keputusan, berbanding kaum perempuan kerana perempuan tidak mempunyai banyak hak memilih pasangan. Hukum nikah terbahagi kepada beberapa bahagian.

Wajib : iaitu bagi lelaki yang berkemampuan dan tidak mampu menahan nafsu syahwatnya terhadap perempuan.

Sunat : iaitu bagi seorang lelaki yang berkemampuan dari segi hartanya dan nafsunya, dan ingin pula mendapatkan keturunan tetapi mampu pula mengawal nafsunya dengan baik.

Harus/Mubah : iaitu apabila seseorang yang berkeyakinan tidak akan jatuh dalam perzinaan jika tidak berkahwin, tetapi kalau berkahwinpun tidak akan mengabaikan kewajipan suami atau isteri.

Makruh : iaitu bagi lelaki yang apabila berkahwin akan memberi masalah kepada anak dan isterinya, kesibukkanya, keegoannya, kebodohannya, kekurangan sifat dirinya dan sumpamanya.

Haram : iaitu bagi lelaki yang tidak mampu membiayai rumahtangganya, anak isterinya dengan sebab kemiskinannya. Jika berlaku perkahwinan mungkin akan jatuh kepada berbuat kezaliman. Bagi golongan ini walaupun tidak mampu menahan nafsu tetap juga tidak dihalalkan baginya berkahwin, melainkan jika ada pihak-pihak tertentu membiayai dan membantu sehingga berjaya. Jika tidak maka dia hendaklah berpuasa sehingga dia mampu menahan nafsunya dari berbuat zina.

Imam Syafi’e : Asal hukum harus, kemudian berubah menjadi wajib atau sunat tergantung kepada keadaan sesorang.

Imam Hanafi : Asal hukum sunat

Rukun Nikah
Calon Suami (lelaki)
Calon Isteri (perempuan)
Wali : samada wali mujbir, wali aqrab atau wali ab’adh atau wali hakim.
Saksi : Skurang-kurang dua orang lelaki yang adil (tidak fasik) mengikut pendapat jumhur ulama’, tidak sah pernikahan tanpa saksi tersebut.

Sighah (lafaz ijab dan Qabul), lafaz semasa upacara akad nikah yang dilafazkan oleh seorang calon suami. Antara lafaznya ‘ aku terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut’.

Wali Nikah
Wali ialah lelaki yang berkuasa untuk mengahwinkankan seseorang perempuan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang sah dikahwininya. Wali terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: wali mujbir, wali aqrab dan wali ab’adh dan wali hakim.

Bapa atau Ayah

Datuk sebelah Ayah dan seterusnya mengikut garis lurus ke atas

Adik beradik lelaki seibu sebapa mengikut kelayakannya

Adik beradik lelaki sebapa

Anak saudara lelaki seibu sebapa (anak lelaki dari dari saudara lelaki sibu sebapa)

Anak saudara lelaki sebapa (anak lelaki dari saudara lelaki sebapa) dan seterusnya mengikut garis lurus ke bawah

Bapa saudara seibu sebapa (adik beradik ayah seibu sebapa)

Sepupu lelaki (anak lelaki dari keturunan sebelah ayah seibu sebapa)

Bapa saudara sebapa kemudian anak-anak lelakinya dan mengikut garis lurus ke bawah

Saudara lelaki Datuk sebelah ayah kemudian diikuti anak-anak lelakinya ke bawah mengikut garis lurus. (Datuk saudara dan keturunan lelakinya mengikut garis lurus ke bawah)

Wali Hakim

Jika sekiranya tidak wali yang dapat memenuhi upacara pernikahan tertentu maka status wali akan jatuh kepada wali hakim. Iaitu Sultan atau raja atau pemegang amanahnya atau yang menjaga negerinya atau yang memegang jawatan berkaitan dengan agama atau yang menerima perintah daripadanya seperti Qadhi, Mufti, Imam-Imam Masjid dan seumpamanya.

Wali terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: wali mujbir, wali aqrab dan wali ab’adh dan wali hakim.

Wali Mujbir
Iaitu wali yang mempunyai kuasa untuk memaksa dan menentukan keputusan walau tidak dipersetujui atau diizin oleh si gadis. Wali mujbir ialah ayah atau bapa dan datuk lelaki sebelah ayah dan ke atas mengikut garis lurus, mengikut syarat-syarat tertentu, antaranya: tidak ada permusuhan antara anak gadis dan wali mujbir, dikawin dengan lelaki yang sekufu atau terbaik mengikut pandangan umum, perkahwinan dengan nilai mahar mithali, tidak ada rasa permusuhan di antara gadis dan bakal suaminya.

Hukumnya sunat bagi wali mujbir meminta izin anak gadis mereka supaya hati merasa tenang.

Wali Mujbir tidak boleh menikahkan anak perempuan janda (pernah berkahwin dan bercerai hidup atau mati) tanpa izinnya.

Wali Ghaib atau Enggan (adhal)
Iaitu wali yang tidak ada dihadapan gadis dan berada jauh melebihi 2 marhalah atau terhalang perjalanannya untuk sampai atau terhalang dari bertemu dengannya atau tidak dapat dikesan,atau wali itu enggan menjadi wali jika calon suami adalah sekufu dengan anak gadis atau wali sedang dalam ihram haji atau umrah maka tugas itu hendaklah diserahkan kepada wali hakim.

Hak sebagai wali akan gugur sekiranya masih kecil, belum akil baligh, gila, fasik kecuali sultan, dungu atau kurang akal, kurang normal penglihatan atau pendengarannya, berbeza agama atau sedang dalam ihram haji atau umrah.

Saksi nikah
Setiap pernikahan mestilah di datangi bersamanya sekurang-kurangnya 2 orang saksi daripada lelaki. Hukumnya wajib mengikut pendapat Jumhur ulama’. Tanpa kehadiran 2 orang saksi maka tidak boleh dilakukan pernikahan, jika berlaku juga perkahwinan itu tidak sah.

Rujukan : Hukum Perkahwinan Islam, Dr. Peunoh Daly, 1994.

Entry filed under: Ibadah, Ilmu dan Pelajaran Hidup, Pernikahan. Tags: , .

Tujuan Pernikahan dalam Islam WALI NIKAH WANITA JANDA

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Ayat Al-Qur’an

Hadits Pilihan

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (HR. Tirmidzi)

Waktu

Pos-pos Terbaru

Asmaul Husna

Asmaul Husna

RSS Muslim.or.id

RSS Al-Ikhwan.com

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

RSS Kisahislam.com

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

RSS Kabarislam.wordpress.com

  • Sebuah galat telah terjadi; umpan tersebut kemungkinan sedang anjlok. Coba lagi nanti.

Blog Stats

  • 29,270 hits
IP

%d blogger menyukai ini: